Kenali Kami
“Perjuangan Memartabatkan Kerjaya Jurutera Malaysia”
Persatuan Jurutera Malaysia / Malaysian Association Of Engineers (MAE) telah di tubuhkan pada tahun 2021 dan didaftarkan secara rasmi pada 1hb September 2021 di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Pencetus kepada penubuhan ialah idea dari Ir. Nik Zulkifli Bin Nik Mohamad iaitu pesara Jabatan Kerja Raya Malaysia yang mempuyai pengalaman 30 tahun dalam JKR, yang mana beliau melihat kerjaya Jurutera semakin tidak diminati oleh generasi muda/baru kerana gaji permulaan yang rendah dan kebajikan yang dirasakan kurang diberi perhatian.
Matlamat utama penubuhan Persatuan Jurutera SeMalaysia ini tertumpu kepada menjadi sebuah badan pemudahcara bagi isu-isu berkaitan dengan hal ehwal kebajikan jurutera dan teknologis kejuruteraan di malaysia selari dengan akta pendaftaran jurutera 1967 (pindaan 2015), Lembaga Jurutera Malaysia dan akta teknologis dan juruteknik 2015 (akta 768).
Selain itu Persatuan ini giat berusaha untuk mempromosikan lagi kerjaya Jurutera ini kepada generasi muda. Ahli Jawatan Kuasa dibentuk diketuai oleh Ir. Ts. Mohd Sabri Mohamad Zin pada peringkat awal iaitu sesi 2021-2023. Keahlian persatuan dibuka untuk Jurutera-jurutera sebagai ahli biasa dan Technologist sebagai ahli bersekutu.
Matlamat
Matlamat pertubuhan MAE adalah seperti berikut:
1#
Menjaga kebajikan dan kesejahteraan komuniti jurutera dan teknologis di Malaysia.
2#
Mendukung segala usaha untuk meningkatkan kecemerlangan kerjaya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.
3#
Membina hubungan kerjasama dengan semua agensi kerajaan, persatuan kejuruteraan dan teknologi yang lain.
4#
Menjaga kebajikan dan kesejahteraan komuniti jurutera dan teknologis di Malaysia.
5#
Membina pangkalan data dan rangkaian platform untuk tenaga kepakaran kejuruteraan dan teknologi.
Visi
Memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan komuniti jurutera dan teknologis di Malaysia
Misi
Mendukung segala usaha untuk meningkatkan kecemerlangan kerjaya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi agar kekal relevant di masa hadapan.
Moto
Jurutera Membina Negara
Keistimewaan Ahli Malaysian Association of Engineers (MAE)
Setiap ahli MAE akan nikmati 3 keistimewaan berikut:
Info Terkini
Acara dan Forum
Kerjaya
Carta Organisasi Majlis Kerja Tertinggi Persatuan Jurutera Se-Malaysia (Malaysian Association of Engineers)
Sesi 2023/2024

IR. TS. MOHD SABRI MOHAMAD ZIN
PENASIHAT

LAKSAMANA PERTAMA (BERSARA) DATO’ IR. DR. HAJI AHMAD MURAD BIN HAJI OMAR
PENASIHAT

Ts. Gs. Ir. Br. Dr. Cassidy Anak Morris
PENASIHAT

DATUK IR. TS. FEROZ HANIF MOHAMED AHMAD
PRESIDEN

IR. DR. RIDZA AZRI RAMLEE
TIMBALAN PRESIDEN

TS. RAJA SYAZRIN SHAH RAJA EHSAN SHAH
NAIB PRESIDEN

IR. TS. DR. MOHAMAD HAIRI OSMAN
SETIAUSAHA AGONG

IR. GS. TS. HJ. MOHD RIZMAN SULTAN MOHD
PENOLONG SETIAUSAHA AGONG

PROF. MADYA TS. DR. SARIZAM MAMAT
BENDAHARI KEHORMAT

IR. AISHAHTURIZDAH ASHGUL
PENOLONG BENDAHARI KEHORMAT

TS. MOHD LUTHFI MOHD JENI
KETUA KLUSTER MULTIMEDIA & PROMOSI

TS. NOOR NIKMAN SALLEH
AHLI KLUSTER KAJIAN & PENDIDIKAN

IR. TS. MOHD FARHAN ARIFF ANUAR
AHLI KLUSTER PROGRAM & AKTIVITI

IR. DR. MOHAMAD NORSHAHRANI ABDUL RAHIM
KETUA KLUSTER KAJIAN & PENDIDIKAN
Sijil Pendaftaran Rasmi ROS
No pendaftaran ROS : PPM-021-01-01092021
