Kebajikan Jurutera
Isu Semasa
Gaji Statik Jurutera Muda Miskin
KRONOLOGI ISU
Pada tahun 2019, isu gaji jurutera statik diperkenalkan dengan laporan berjudul “GAJI JURUTERA STATIK Exclusive Berita Harian” pada 23 Oktober 2019. Menurut Prof Ir. Megat Johari Megat Mohd Noor dari Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), kadar gaji jurutera tempatan tidak berubah sejak 20 tahun lalu.
Pada tahun 2021, idea untuk menubuhkan Malaysian Association Of Engineers (MAE) dimulakan pada 31 Mac 2021 dan diberikan kelulusan ROS pada 1 September 2021. Dua tahun kemudian, pada 28 Oktober 2021, Utusan Malaysia melaporkan mengenai gaji permulaan jurutera siswazah yang masih ditawarkan pada nilai yang sama seperti tahun 2000. Datuk Ir. Wan Nazari Wan Jusoh, Pengerusi Institut Jurutera Malaysia (IEM) Terengganu, memberikan keterangan mengenai hal ini.
Pada 29 Oktober 2021, BEM mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan artikel mengenai “Jurutera Miskin” tersebut, dengan menyatakan bahawa gaji jurutera dalam perkhidmatan awam pada tahun 2000 termasuk elaun sebanyak RM1800, manakala pada tahun 2021 telah meningkat kepada RM3500.
Selepas itu, banyak program bual bicara dan temu bual dalam talian diadakan untuk membincangkan isu “Jurutera Miskin” ini. Pada 25 November 2021, MAE menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri dengan cadangan dan memohon perhatian terhadap isu ini di peringkat kebangsaan. Pada 27 November 2021, Pertubuhan Inspirasi Muslim Professional (IMProf) menganjurkan program Sidang Meja Bulat bertajuk “Isu Jurutera Miskin”.
Pada 4 Disember 2021, JKR mengadakan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) dan BEM menganjurkan Hari Libat Urus Lembaga Jurutera Malaysia 2021 pada 8 Disember 2021, termasuk sesi yang membincangkan Isu Jurutera Miskin. Semasa sesi soal jawab tersebut, BEM mengesahkan bahawa satu task force telah ditubuhkan untuk menjawab pertanyaan dari wakil MAE.
Task force ini dipengerusikan oleh YBhg. First Admiral (Retired) Dato’ Ir. Dr. Ahmad Murad bin Omar, Ahli Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Naib Presiden Majlis Institusi Jurutera Malaysia (IEM) untuk tahun 2021/2022.
Pada tahun 2022, pada 10 Mac 2022, YB Tuan Ahmad Fadhli Shaari, Ahli Parlimen Pasir Mas, membentangkan isu “Jurutera Bekerja di Bawah Paras Garis Kemiskinan” di Parlimen. Pada 11 Mac 2022, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, secara rasmi mengesahkan pembentukan satu task force dalam Parlimen untuk meneliti isu gaji permulaan jurutera yang rendah. Task force ini telah ditubuhkan pada 22 November tahun sebelumnya di bawah pengawasan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) untuk mencari jalan penyelesaian.
Hingga kini, setelah hampir empat bulan, jawatankuasa task force masih menunggu laporan rasmi hasil pembentangan kepada Perdana Menteri Malaysia. Sesi bual bicara dalam talian terus diadakan untuk menghidupkan semula isu “Jurutera Muda Miskin” di Malaysia.
Demikianlah sejarah dan kronologi lengkap sejak issue ini pertama kali muncul pada tahun 2019.
Senarai Berita – Berita Yang Berkaitan
- GAJI JURUTERA STATIK Exclusive Berita Harian Oktober 23, 2019 Kadar gaji jurutera tempatan tidak berubah sejak 20 tahun lalu, temuramah dengan Ahli Lembaga BEM, Prof Ir. Megat Johari Megat Mohd Noor https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/620855/gaji-jurutera-statik
- Penubuhan Malaysian Association Of Engineers (MAE), idea cadangan 31/03/2021 dan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 01/09/2021
- JURUTERA MISKIN Utusan Malaysia 28 Oktober 2021 temuramah dengan Pengerusi Institut Jurutera Malaysia (IEM) Terengganu, Datuk Ir. Wan Nazari Wan Jusoh https://www.utusan.com.my/nasional/2021/10/jurutera-miskin-2/
- 29 Oktober 2021, BEM official press statement berkaitan artikel Jurutera miskin https://www.utusan.com.my/terkini/2021/11/kenyataan-jurutera-miskin-tidak-berdasarkan-fakta/
- 29 Oktober 29, 2021 SIARAN AKHBAR MAKLUMBALAS LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA (LJM) TERHADAP ARTIKEL BERTAJUK JURUTERA MISKIN http://bem.org.my/documents/20181/203148/BEM+PRESS+RELEASE+29.10.2021+%28JURUTERA+MISKIN-UTUSAN+MALAYSIA-28.10.2021%29%28Social+Media%29.pdf/
- 25/11/2021 MAE telah menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri
- 20/11/2021 Online petition isu kebajikan gaji static jurutera muda miskin
- 27/11/2021 Sidang Meja Bulat – Isu “Jurutera Miskin” anjuran Pertubuhan Inspirasi Muslim Professional (IMProf). Petikan tulisan di facebook YB Senator Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Bin Khirudin – JURUTERA MESTI BERSATU BANGKIT PERJUANGKAN ISU GAJI
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=443765673786523&id=100044592812267 - 27/11/2021 FB Posting Malaysian Association Of Engineers (MAE) menghadiri perbincangan meja bulat anjuran Pertubuhan Inspirasi Muslim Profesional (IMProf)
https://www.facebook.com/groups/203142039723396/permalink/4574294389274784/ - 02 Dec 2021 First Malaysian Association Of Engineers (MAE) appearance in THE STAR – ‘Low salaries, static pay scales cause of shortage’
https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/12/02/low-salaries-static-pay-scales-cause-of-shortage#.Yagkuvo-nBo.whatsapp - 02 Dec 2021 The Start Alarm bells over engineer shortage
https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/12/02/alarm-bells-over-engineer-shortage - Friday, 03 Dec 2021 The Start Demand for engineers has grown so high that final year engineering students tend to get hired two semesters before they graduate. UOW (University of Wollongong) Malaysia KDU senior engineering lecturer Dr Sim Hock Kheng said at present, he had over 100 vacancies for fresh engineering graduates in his hand from multinational and large local companies in Penang and Kedah.
https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/12/03/low-intake-of-engineering-students-despite-high-demand - Dec 3, 2021 Portal new by TMV – The acute shortage of engineers must be overcome
https://themalaysiavoice.com/2021/12/03/the-acute-shortage-of-engineers-must-be-overcome/ - December 4, 2021, Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) JKR dan Hari Libat Urus Lembaga Jurutera Malaysia 2021 pada 8 Dec https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=1053830925382051
- March 2022, YB Tuan Ahmad Fadhli Shaari membentangkan isu Jurutera bekerja di bawah Paras Garis Kemiskinan di Parlimen
https://www.facebook.com/JProDPPM/videos/3157811501155211/?extid=WA-UNK-UNK-UNK-AN_GK0T-GK1C - 14 Mac 2022, Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Fadillah Yusof) telah mengesahkan secara rasmi dalam parlimen satu task force (pasukan bertindak) telah ditubuhkan pada 22 November tahun lalu
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dewan-rakyat-task-force-kaji-isu-gaji-permulaan-jurutera-rendah-ditubuh-fadillah-351738 - Petikan berita Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali – memanfaatkan data daripada pelbagai sumber akan membolehkan kerajaan mendapat nilai, pemahaman mendalam dan bermakna serta membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Ia bertepatan dengan teras pertama Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025yang menetapkan Pemanfaatan Kepintaran Data bagi mengurus data sebagai aset kerajaan
https://www.sinarharian.com.my/article/173017/BERITA/Nasional/Manfaatkan-data-bolehkan-kerajaan-buat-keputusan-cepat-tepat